::FOLLOWERS::

Monday, December 5, 2011

.SAYA BUKAN SENGAJA TAK SUKA PEROKOK.



.Assalamualaikum n greetings to all.


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin 
mengutamakan pasangan yang tidak merokok. 


Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan 
yang mempunyai pegangan agama 
dan akhlak yang baik, 
sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan. 
Ini atas beberapa alasan; 
Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah 
oleh agama iaitu merosakkan diri. 


Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok. 
Perokok bukan sahaja membahayakan diri, 
tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak 
yang akan terhidu asap beracun rokok. 

Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, 
bukan membahayakan mereka. 
Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. 
Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. 

Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat 
disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. 
Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu 
yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga. 


Rokok adalah pembaziran. 
Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok 
daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. 
Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, 
tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok 
yang sentiasa meningkat harganya. 


Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. 
Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. 
Justeru, ramai anak perokok turut merokok 
samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa. 

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, 
maka Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
 menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, 
menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri 
yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.




p/s : Merokok tu sangat tak cool ok. So, stop smoking !!





1 comments:

  1. Kamu...


    http://ariayana-ariayana.blogspot.com/2011/12/wordless-wednesday-sirap-bandung.html

    ReplyDelete

ringankan jari jemari anda di cni...